CONTOH-CONTOH KARANGAN

CONTOH-CONTOH KARANGAN
.

Thursday 30 October 2014




KARANGAN
Langkah-langkah untuk memajukan industri desa di Malaysia












Pada zaman ledakan sains dan teknologi ini, sektor perindustrian harus diberikan tumpuan yang sepenuhmya untuk menjana ekonomi negara. Namun, kebanyakan pihak tidak sedar bahawa industri desa yang juga mampu meningkatkan ekonomi negara, semakin dipinggirkan. Sebenarnya, industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan banyak memberikan  sumbangan kepada ekonomi negara. Industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang dibuat oleh penduduk desa yang masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka.
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa industri desa merupakan salah satu industri yang banyak memberikan peluang pekarjaan kepada penduduk desa. Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan ada kalanya mereka hanya mengisi perut dengan ubi kayu. Jika industri desa ini dimajukan, peluang pekerjaan akan bertambah dan seterusnya taraf kehidupan penduduk desa dapat ditingkatkan.

 Industri desa di negara kita sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan dan pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya. Pihak kerajaan harus sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi merealisasikan industri desa sebagai penggerak perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Industri ini harus diberikan nafas baharu melalui suntikan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti supaya industri ini mampu menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan pendapatan Negara kita.  Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan berperanan penting dalam usaha menggalakkan generasi muda masa ini untuk menceburi industri desa supaya industri ini dapat berkembang ke seluruh pelosok dunia .

 Bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada pengusaha yang baru sahaja menceburkan diri dalam industri ini. Kerajaan boleh memberikan bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan. Sebagai contoh, kerajaan perlu banyak mengadakan kursus yang berkaitan industri desa seperti batik, kraf tangan dan makanan tradisional Selain itu, kerajaan boleh memperkenalkan konsep”Satu Daerah Satu Produk”. Melalui cara ini, setiap kampung perlu menghasilkan sesuatu produk dan memasarkan sendiri barangan mereka. Dalam hal ini, mereka perlu diberikan bimbingan, latihan dan cara-cara untuk memulakan sesuatu industri desa. Sebagai contoh, kerajaan negeri Melaka telah memperkenalkan rancangan ”Satu Daerah, Satu Industri”. Sesungguhnya, setiap kerajaan negeri boleh mencontohi usaha tersebut untuk mengembangkan ekonomi masyarakat khususnya di luar bandar.

 Pihak kerajaan juga perlu mendorong rakyat Malaysia agar membeli barang buatan desa melalui kempen yang dilaksanakan. Pihak kerajaan perlu bersikap proaktif dengan mewajibkan kakitangan kerajaan agar memakai baju batik pada setiap hari Khamis. Pihak kerajaan harus mempromosikan hasil industri desa dan kain batik ke seantero dunia. Sehubungan dengan itu, para pelancong asing akan tertarik dengan keunikan kain batik. Natijahnya, industri pelancongan akan turut berkembang maju. Kerajaan juga hendaklah menyediakan bantuan berupa peralatan moden dan canggih seperti bot berteknologi canggih kepada para nelayan. Hal ini membolehkan para nelayan meningkatkan hasil tangkapan ikan dan seterusnya mempelbagaikan produk yang berasal daripada ikan, misalnya ikan kering dan keropok lekor.

Pengusaha industri desa perlulah merealisasikan corak, nilai estetika dan keaslian produk industri desa yang dihasilkan bagi menjana pertumbuhan industri tradisional negara. Selaras dengan itu, usaha bersepadu ini dilihat sebagai formula yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan khasnya di peringkat antarabangsa.
 Selain itu, pengusaha industri desa haruslah bijak mencari peluang dan platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka di peringkat domestik mahupun global. Sekiranya pengusaha industri desa mengaplikasikan pendekatan global dalam mencari peluang perniagaan, maka tidak hairanlah satu hari nanti produk industri tradisional negara mampu duduk sebaris dengan produk industri tradisional antarabangsa. Tuntasnya pengusaha industri desa haruslah lebih berinisiatif dan kreatif dalam memanipulasikan teknologi ICT agar industri tradisional dapat bersaing secara kompetitif di peringkat global.
Penggunaan alat-alat teknologi moden penting untuk meningkatkan keluaran dan kualiti industri desa. Penghasilan produk industri desa yang semakin meningkat dan berkualiti penting untuk mewujudkan daya saing. Pihak yang terlibat perlu mengadakan kursus tentang cara menggunakan peralatan mesin dan jentera. Sebagai contoh, penggunaan mesin penting untuk menghasilkan produk industri desa yang berkaitan dengan pembuatan makanan tradisional. Jelaslah bahawa penggunaan alat teknologi moden, akan menarik lebih banyak lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri desa.
Konsep pelaksanaan industri kecil-kecilan yang dilaksanakan berdasarkan produk-produk yang sedia wujud di kampung-kampung berkenaan boleh dijadikan sebagai menambah pendapatan selain memberikan khidmat runding cara atau bantuan mesin di bawah pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau MARDI.

Di samping itu, peranan media massa amat penting dalam usaha untuk mengembangkan industri desa ini. Media massa bertanggungjawab mempromosikan produk industri desa kepada seluruh warga Malaysia. Sejajar dengan kepesatan arus pemodenan, peranan media massa dalam usaha mengekalkan industri desa amat penting sekali. Media massa seperti media elektronik amat sesuai dengan pemikiran generasi muda sekarang,   untuk mempromosikan dan menyebarkan maklumat tentang keunikan barangan kraf tangan.
 Selain itu, wartawan rancangan Majalah 3 juga tidak ketinggalan melaporkan kepelbagaian barangan industri tradisional seperti seni anyaman, seni ukir kayu, seni sulaman, hasil kraf tembikar dan perusahaan membuat barangan logam. Oleh itu, peranan media massa menerusi promosi hasil industri desa sememangnya tepat kerana kewujudan media elektronik sebagai medium untuk mempromosikan hasil industri desa selari dengan gaya hidup moden generasi muda pada alaf baru ini. Lagipun,  rakyat Malaysia mempunyai televisyen di rumah masing-masing.
Media massa juga boleh mengiklankan barangan industri desa sebagai selingan semasa menayangkan sesuatu rancangan. Rakyat akan dapat maklumat terkini berkaitan barangan buatan Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa media massa bertanggungjawab menggalakkan rakyat membeli barangan keluaran industri desa.

Sekolah juga merupakan salah satu organisasi bagi memajukan industri industri desa. Pihak sekolah haruslah mendedahkan maklumat kepada para pelajar dengan lebih mendalam lagi tentang kesenian industri desa, supaya industri industri ini tidak lenyap ditelan zaman. Sebagai contoh pihak sekolah boleh menganjurkan pameran dan mengadakan pertandingan hasil industri desa,  supaya para pelajar akan terdedah kepada barangan hasil industri  desa. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar pada masa ini lebih cenderung memilih barangan moden dan berjenama daripada barangan hasil industri desa. Pihak sekolah juga haruslah menubuhkan kelab warisan yang lebih menerapkan kesenian industri desa. Dengan adanya kelab-kelab sebegini industri desa tidak lenyap ditelan zaman. Secara tidak langsung, pelajar dapat menonjolkan bakat yang terpendam dan kreativiti mereka untuk menghasilkan barangan industri desa mengikut imaginasi serta acuan mereka sendiri. 
Guru-guru di sekolah juga seharusnya memupuk perasaan cinta akan negara. Guru-guru boleh menerangkan kebaikan membeli barangan industri desa kepada murid-murid.  Guru juga boleh menjadi teladan kepada pelajar dengan menggunakan barangan industri desa.Oleh hal yang demikian, guru ialah suri teladan kepada pelajar.
Ibu bapa juga berperanan menggalakkan ahli keluarga membeli barangan industri desa. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah.Contohnya, perabot, pakaian, makanan dan barangan elektrik. Kesannya, anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapa, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak.

 Konklusinya, industri desa sememangnya dapat memberi nafas baharu kepada masyarakat luar bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan  perkapita negara. Oleh itu, pihak yang terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk di kawasan luar bandar diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan hasil industri tradisional. Para pengusaha  industri ini juga harus melakukan anjakan paradigma selaras dengan keadaan semasa supaya industri tradisional di negara kita dapat dimajukan ke tahap 

12 comments:

  1. Terima kasih. Karangan Sgt mmbntu

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH. KARANGAN INI MEMBANTU SAYA JAWAB ULASAN.........
    👍👍👍👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  3. JOIN NOW
    www.36ASIA.com

    THE BEST BETTING SITE
    BOLA, CASINO, SLOT GAMES TERBESAR INDONESIA

    PROMOTION :
    ----------------
    * WELCOME BONUS NEW MEMBER 20%
    * BONUS DEPOSIT DAYLY 5%
    * REBATE CASINO 0.8%
    * REBATE SPORTBOOK 0.75%
    * REBATE SLOT GAMES 0.5%
    * REBATE POKER GAMES 0.3%
    * CASHBACK SPORTBOOK & COOKFIGHT 5%
    * BONUS TURN OVER MONTHLY POKER

    1 ID ALL GAMES :
    ----------------
    * BOLA : Sbobet, Saba platform, Cmd368,
    * CASINO : Sbobet, Gameplay, Evolution Gaming, Ebet, PlayTech, AllBet, AGasia, MicroGaming
    * SLOT : Gameplay, Toptrend, PlayTech, Demacao, MicroGaming, Spadegaming, PraomaticPlay, Habanero, Joker
    * POKER : IG Poker, IDN Poker
    * LOTTERY : Saba platform, Seni4D
    * COOKFIGHT : SV388

    CONTACT :
    ----------------
    Skype : +60109342789
    Whatsapp : +60109342789
    Instagram : 36Asia.com_
    Line : 36Asia

    ACCOUNT BANK :
    ----------------
    BCA, MANDIRI, BNI, BRI, MAYBANK

    * MINIMAL DEPOSIT : RP 30.000,-
    * MINIMAL WITHDRAW : RP 50.000,-

    Info lebih lanjut, Hubungin Cs kami yang Bertugas :
    www.36ASIA.com


    36asia
    livecasino
    bettingbola
    bettingcasino
    slotonline
    slotgames
    joker
    playtech
    tembakikan
    casinoonline
    sbobetbolaonline
    togelonline
    pokeronline
    sabungayamonline
    judionline
    judibola
    judibolaonline
    judicasino
    judicasinoonline
    bandarbola
    bandarcasino
    bandartogel
    bandarpoker
    pokeruangasli
    IDNpoker
    IGpoker
    Bettingonline
    judislot
    agencasino
    daftarcasino
    bandarjudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini tempat dapat ilmu bermaanfaat, berubahlah berjudi itu haram dan dosa besar masuk api neraka.

      Delete
  4. Terima kasih, karangan yang anda berikan ini sangat membantu saya untuk menjawab karangan saya. :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih ilmu yang bermaanfaat banyak.

    ReplyDelete
  6. so long your essay .its okay .thankyou thank you. good job.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Your essay is too long but is very usefull

      Delete